Salam semua...hmmm berbulan lamanya tak update blog. Masih ada yang tertunggak dan akan cuba dimasukkan ke blog ini. Sebenarnya tak berapa sihat...sekejap ok sekejap tak...ops lupa nak citer..pada kekawan yang dah tahu tu, terima kasih kerana memahami. Syukur pada Allah kerana telah memberi rezeki lagi pada aku dan keluarga. Aku bakal menimang cahaya mata lagi tahun hadapan. Bila tu...erm dijangka awal bulan Mac nanti. Dan kali ini yang lebih membuatkan aku terharu kerana Allah memberi aku peluang untuk mendapat anak lelaki. Amin. (doakan semua yer...kalau ikut scan doktor, dah 2 doktor katanya lelaki)
Mungkin disebabkan itu kali ni , aku mengalami alahan yang semacam, tak pernah aku rasa sebelum ni. Alahan aku kali ni demam, batuk dan selsema yang berpanjangan. Kira on off la. Ok tutup bab ni berbalik pada tajuk entri kat atas tu.!
Hmm, mungkin disebabkan tekak yang tak selesa aku terpikir nak masak sup ayam. Selama ni masak macam biasa tapi semalam saja gatal tangan search sup ayam special. Then terjumpa satu yang aku tak pernah try. Apa lagi...petang semalam balik keje..nilah hasilnya.............JENG JENG JENG!!!!
SUP AYAM SPECIAL....kredit tu tulip77
Bahan-bahan ( 8org )
- 1 ekor ayam potong 16
- 1 labu bwg merah
- 2 ulas bwg putih
- 1 inci halia
- sebatang kulit kayu manis
- 4 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 iji buah pelaga
- 2 bj kentang
- 1 btg lobak
- 1 mangkuk air panas br masak
- lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
- daun sup, daun bawang & bawang goreng
Cara-cara
- Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
- Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
- Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
- Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
- Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
- Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
- Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang
Memang sedap hasilnya... baunya semerbak satu rumah.. Anak-anak makan sampai licin. Tapi aku tak letak lada sulah. Cuma ditambah tomato yang dibelah empat semasa dihidang panas.
