Azlina Binti Mat Daud
Sambungan ........

Kelemahan diri sendiri yang amat ketara,apabila berjanji untuk update blog sentiasa LEWAT..Ya Allah permudahkanlah urusanku agar dapat aku berkongsi pengalaman dan menjadikan blog ini kenangan untuk diri sendiri dan keluarga selagi bernafas di dunia ini....

Sebaik sampai di Lapangan Terbang Jeddah, badan terasa amat letih. Semalaman di atas kapal terbang dalam keadaan duduk yang lama...ohh nasib baik masih lagi boleh bertahan. Kami diminta berada bersama dengan mahram bagi proses kemasukan di lapangan terbang Jeddah. Sekali lagi pemeriksaan badan dilakukan sepenuhnya oleh anggota wanita. Alhamdulillah segalanya selesai..

Bas untuk membawa kami ke Madinah telah menunggu. Ada dua bas iaitu bas A dan bas B. Aku bersama mak diletakkan dalam bas B. Naik dalam bas, makanan telah disediakan. Nasi ayam dan air mineral. Barulah rasa macam masakan Malaysia. Dalam penerbangan Pakistan Airlines International (PIA) semuanya berasaskan masakan ala india.

Perjalanan bermula tak silap aku jam pada masa tu 10.30 malam waktu Jeddah. Memang aku tertido sepanjang perjalanan lagipun suasana gelap. Sedar-sedar dah hampir sampai ke hotel di Madinah. Jam lebih kurang 3.30 pagi yang mana azan subuh pertama telah pun berkumandang dari Masjid Nabawi. Ohhh sungguh syahdu. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat. Kami menginap di Hotel Elaf.
















Kami berkumpul untuk bersama-sama ke masjid Nabawi. Dekat dengan hotel. Dlm 50m sahaja. 


































Suasana di hadapan pintu masuk ke Masjid Nabawi. Perkarangan masjid ini sentiasa penuh. Untuk masuk ke dalam masjid kamera tidak dibenarkan sama sekali. Petugas yang sentiasa berdiri di pintu masuk akan memeriksa dan jika ada serta-merta tidak dibenarkan masuk kecuali di perkarangan sahaja. Namun ada juga yang terlepas terutamanya telefon berkamera.


Untuk menziarah makam nabi juga tidak dibuka kepada wanita kecuali lelaki. Jadi peluang untuk dekat dengan makam nabi adalah melalui raudhah. Raudhah ni dibuka untuk wanita pada masa-masa tertentu sahaja. Pada sebelah pagi jam 7.00 pagi sehingga 10.00 pagi, tengahari selepas Zohor sehingga jam 2.00 petang sahaja dan malam selepas isyak sehingga 10.00 malam. Bersesak-sesak kaum muslimat untuk sembahyang dan berdoa di raudhah. Aku sendiri tidak terkecuali mencuba beberapa kali dan akhirnya dengan izin Allah aku berjaya masuk sekali sahaja. Alhamdulillah.

Di Madinah kami duduk selama 4 hari sahaja. Kami di bawa ke Pasar Kurma, Kilang Percetakan Al-Quran Terbesar di dunia, Bukit Uhud dan sekitar Madinah.

Pasar Kurma di Madinah. Memang ramai yang beli kat sini sebab dimaklumkan kurma di sini lebih baik dan harganya lebih murah. Namun di sekitar Masjid Nabawi juga terdapat ramai penjual yang menjual dengan harga yang murah.Jadi terpulang pada diri sendiri untuk membuat pilihan.

--to be continue






0 Responses