Salam semua..
Sebelum cuti sekolah bermula, aku mula mencari-cari aktiviti yang bakal anakku Nabila buat sepanjang musim cuti sekolah nanti.Akhirnya dalam usaha aku tu, terjumpalah seni felt yang sebelum ni memang aku BUTA dengan apa itu felt.
Banyak maklumat yang aku cari dan akhirnya aku mula membuat pesanan membeli barang-barang diperlukan secara online. Akhirnya aku telah mencuba seni felt ni. Tujuan asal untuk mengajar Nabila sahaja, tetapi akhirnya ianya menjadi hobi baru aku. Antara hasil seni felt yang telah aku buat adalah :

Banyak lagi sebenarnya dan semua hasil seni felt aku boleh dilihat di Facebook dengan menaip Craft Lover. Aku juga telah membuka tempahan kepada yang berminat. Anakku Nabila juga telah pandai menjahit felt ini cuma jahitannya masih belum begitu kemas. Tapi idea bintang beremosi ini adalah ideanya. Terima kasih ye Nabila.
Aku ni memang dari dulu jenis yang suka berkongsi ilmu yang aku perolehi. Jadinya aku telah mengajar kawan2 sepejabat iaitu wati, tina, kak liza, dan fairuza. Akhirnya mereka juga telah pandai dan telah membeli bahan2 kerana JATUH CINTA dengan felt ni. Cuma aku belum berhasrat buka kelas je lagi di kawasan Manjung ni. hehehehehehe. Tahniah la kepada mereka kerana berbakat dan ada yang telah menerima tempahan. Sekurang2nya selain hobi boleh juga menambah pendapatan sampingan.
Hmmm oklah setakat ini dulu entri kali ni. Terima kasih kepada yang mengikuti.