Azlina Binti Mat Daud
Salam semua.

Coretan kali ini seperti entri di atas aku buat khas untuk tatapan diri sendiri dan keluarga. Namun aku juga berbesar hati sekiranya entriku ini dapat dijadikan bahan rujukan kepada kawan-kawan terutamanya dan blogger sekalian.

Aku sebenarnya telah lama merancang untuk membawa emakku mengerjakan umrah pada tahun ini. Tapi tarikhnya masih belum ada kerana aku memikirkan anakku Liyana yang masih kecil. Akhirnya genap anakku berusia 10 bulan, pada 17 April 2011 aku dan emakku berangkat ke Tanah Suci. Aku mengambil pakej umrah 15 hari daripada Tiram Travel Sdn. Bhd.

Aku menaiki pesawat Pakistan International Airlines (PIA) di KLIA dan akan transit di Karachi, Pakistan sebelum menaiki pesawat seterusnya ke Jeddah. Antara gambar kenangan yang sempat aku snap :
-Bergambar kenangan sebelum masuk ke balai berlepas-



-Inilah kapal terbang yang akan aku naiki dari KLIA-

Aku menaiki pesawat lebih kurang jam 12.30 tengahari dan dijadualkan sampai di Karachi jam 4.30 petang waktu Malaysia. Untuk makluman perbezaan waktu di Karachi adalah 3 jam lebih lewat dari waktu Malaysia. Alhamdulillah aku dapat duduk bersama dengan emak selepas membuat pertukaran tempat duduk. Jumlah rombongan 76 orang semuanya. Pada masa tu aku tak kenal lagi diorang sumer ni. Yang kenal masa kursus adalah 3-4 orang. Jadi dalam flight tu tido. Sampai di Karachi kami sembahyang jamak dan terus ke balai berlepas ke Jeddah. Seingat aku masa tu jam di Karachi hampir jam 5.40 petang. Kiralah sendiri yer perbezaan waktunya. Hehehehe.... Makanan dalam flight ok..sedap pada tekak aku. Mak aku pun selera juga. panas lagi n mungkin perut pun lapar kot. Perjalanan ke jeddah amik masa hampir 6 jam. Korang bayangkanlah...perbezaan waktu jeddah dengan malaysia pulak 5 jam. aku sampai di jeddah tu tak silap aku lebih kurang dah jam 10.30 rasanya. lebih kurang jam 2.30 pagi waktu Malaysia. Dah sehari perjalanan. 

-Dah keletihan dua beranak di Jeddah airport-

Oklah...Nanti aku sambung perjalanan menaiki bas ke Madinah dan Mekah yer...Nak rehat dulu ni...
0 Responses