Azlina Binti Mat Daud
Salam semua...

Petang ni sementara menunggu masa mengambil anak dari SAR, aku nak kongsi sikit kenangan semasa berlangsungnya SKT 2011 pada 1-3 April yang lepas.

Aku mewakili MPM dalam acara dart. Tidak pernah sama sekali terlintas pun untuk bermain apatah lagi mewakili MPM. Entah macam mana tergerak hati semasa borang pemilihan diedarkan aku dengan selambanya terus berkata kepada Baha untuk masukkan nama aku sekali. Selain dart aku juga telah mencuba acara karom tapi tak berjaya. Sebabnya...jari keras..hahahahha

Bila pemilihan dart aku akhirnya berjaya dan layak untuk mewakili MPM. Bermulalah episod seorang atlet dart yang menjadikan dewan tertutup MPM dan Bilik Dart JPS sebagai tempat latihan. Semacam satu gian sebab asyik nak baling dart tu jer...Tapi memang aku 'salute' pada Kak Foziah sebab dia memang berusaha segigihnya sebagai pengurus pasukan. Tak lupa pada Baha yang menguruskan teknikal dari segi tempat latihan dan peralatan. Kepada jurulatih yang amat berwibawa, aku ucapkan jutaan terima kasih. Kami berjaya menjadi naib johan. Alhamdulillah.

Antara gambar kenangan yang sempat dirakamkan:

Nanti aku ceritakan pasal gambar ni ok...petang ni tak sempat ler....



0 Responses