Tiga minggu berturut aku sekeluarga bertukar ganti demam. Mula-mula aku yang demam panas sampai mc 2 hari pada 2 dan 3.11.2010 yang lalu. Aku baru je sembuh, anakku yang sulung Nabila pula demam panas. Lagi dasat dari aku..4 hari mc tak ke sekolah. 2 klinik pergi baru baik. Mula pergi Poliklinik Samudera. Tapi sebelum ni memang dia serasi dengan Klinik Ling Sing Hang kat Kampung Koh tu..Dan SAH akhirnya ke sana baru le demamnya kebah. Kira raya deepavali le anak aku tu..Anak yang kedua pula demam tak demam gitu..Tapi bagi ubat tak le demam panas. Baru je Nabila baik..kira ubat semua dah habis..hari ni tak semena-mena anak aku yang kecik Liyana pula demam panas. Tadi petang bawak ke Poliklinik Samudera, 40 darjah celcius..terus doktor masuk ubat ikut ... Hmmm memang musim demam berpanjangan bagi aku ..Tapi aku rasa memang orang lain pun hadapi masalah yang sama dengan aku...cuaca tak menentu sekarang ni..
Esok aku tengah berkira-kira ni..EL ke tak aku nie...Minggu lepas Isnin aku dah EL...minggu ni..ADuhhhh keje belambak-lambak kat opis tunggu aku...Tapi apa-apa pun malam ni aku pantau tengok perkembangan anak aku dulu...kalau demam je still memerlukan penjagaan rapi, SAH aku EL..
Untuk anak buah..sok kalau bos terpaksa EL korang siapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan okay..
