Azlina Binti Mat Daud
Syukur alhamdulillah....Aku telah pun dianugerahkan 3 puteri yang sihat dan comel. Puteriku yang ketiga ni lahir pada 17.6.2010 tepat jam 2.10 pagi dengan berat 3.3kg. Nama diberi Ainur Liyana. Kini aku dalam tempoh berpantang. Anakku yang kedua masih kecil. Baru setahun sebulan pada 22.6.2010. Namun aku bersyukur kerana anakku ini amat memahami. Dia begitu pandai membawa diri. Tak sekali pun dia kacau adiknya malah dia hanya melihat dan senyum padaku. Dia juga tidak memerap hendak berdukung atau mengganggu aku. Dia hanya memeluk aku dan mencium aku. Kakaknya pula semakin ceria bermain dengan dua adiknya. Seronok aku melihatnya.

Semuanya telah diaturkan olehNya. Kini tumpuanku pada anak2ku yang sedang membesar. Yang sulung hinggalah yang baru dilahirkan ini. Semoga aku menjadi ibu yang berjaya mendidik anak2ku ini dengan bekalan ilmu dunia dan akhirat.

Kengkawan yang datang melawat diucapkan terima kasih bebanyak...
3 Responses
  1. miss ahjumma Says:

    tahniah...t kami buat rombongan eh...tunggu..


  2. pawaka19 Says:

    ainur liyana , comel sangat puan....


  3. MR.Z Says:

    tahniah2 puan.. semoga menjadi anak yang soleh.. :)