Azlina Binti Mat Daud
Cepatnya masa berlalu.Dah dekat tarikh 25/11/2010. Aku masih lagi dok berfikir, nak pegi ke tak..tak pergi ke nak...ish ish  susahnya hati ni nak tinggalkan anak-anakku yang bertiga tu...mana pernah kena tinggal lelama..5 hari 4 malam. Sehari pun rasa RINDU yang teramat sangat. 

Kalau ikut tarikh surat 7/9  yang aku terima, tempat Kursus Kenegaraan Sistem Saraan Malaysia (SSM) atau lebih dikenali Kursus Biro Tatanegara (BTN) aku di KBN Ulu Kenas Kuala Kangsar. Last minute dapat surat perubahan tempat, dapat pulak di Pusat Latihan Pasir Salak, Perak. 

Akhirnya aku buat keputusan PERGI. Kalau ditangguh nanti tak tahu pula masalah yang akan datang. Lagipun pengasuh anak aku (lebih dikenali dengan panggilan YONG atau ANI) sedia memberi perkhidmatan yang cemerlang sepanjang aku kursus. Jutaan terima kasih ye..

 Nabila :- " Kat sana nanti mak tak boleh nak sms dan telefon selalu yer sayang..jaga diri bebaik dan jaga adik-adik tau."


Alesya :- " Nanti ayah jenguk kat rumah Yong ye..alesya kan pandai jaga diri n jaga adik..heheheh

Liyana :- Jangan menangis ye sayang...elok2 tau duduk dengan Yong.

0 Responses