Assalamualaikum....
Hari ni rasa tak boleh nak buat keje selagi tak update blog ni. So untuk permulaan tahun ni, apa yang aku nak post dah aku post di fb dan aku nak update entrinya di sini.
1.1.1980 - 1.1.2013. Sekejap je kan masa berlalu. Dah 33 tahun pun.
Ya Allah berkatilah usiaku ini dengan perkara2 yang bermanfaat di jalan Mu Ya Allah. Semoga aku akan menjadi isteri solehah, ibu mithali, anak solehah dan insan yang apa juga amanah diberikan kepadaku dibuat dengan redhamu Ya Allah. Semoga aku tidak lalai dengan kehidupan di duniamu yang sementara ini. Aku bersyukur padamu Ya Allah.
Ya Allah berkatilah usiaku ini dengan perkara2 yang bermanfaat di jalan Mu Ya Allah. Semoga aku akan menjadi isteri solehah, ibu mithali, anak solehah dan insan yang apa juga amanah diberikan kepadaku dibuat dengan redhamu Ya Allah. Semoga aku tidak lalai dengan kehidupan di duniamu yang sementara ini. Aku bersyukur padamu Ya Allah.
Alhamdulillah. Semua urusan tahun 2012 berjalan lancar. Tahun 2013 ni, semoga segala urusan dipermudahkanNya.
Hal anak2 ;
Anakku yang sulung akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ni. Semoga anakku Nabila dapat mengharunginya dengan cemerlang. Aku tidak pernah mendesak kerana setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun sebagai ibu bapa sudah pasti mengharapkan yang PALING TERBAIK untuk anak-anaknya.
Anakku yang kedua pula telah masuk tadika walaupun usianya 22.5 nanti baru 4 tahun. Tapi sebab anakku Alesya ni semangat nak bersekolahnya amat tinggi aku turutkan. Dari awal aku nampak anakku ini memang seorang yang berdikari. Diri sendiri dah diuruskan dari a to z. Sebagai emak aku memang bersyukur pada Allah. Jadinya aku telah membuat pilihan memasukkan anakku ini ke PASTI AL-AMIN FASA 2G. Harapanku agar anakku ini dapat mempelajari ilmu agama fardu ain, belajar solat seawal usianya. Semoga anakku ini juga dapat menghafal 99 nama-nama Allah. Antara gambar yang sempat di snap untuk kenangan.
Ainur Alesya 4 tahun di hari pertama ke PASTI. Tumpang pintu pagar ye kak fiza.
Ainur Alesya dan Nurul Izzah Aqilah (anak adik 5 tahun) bergambar bersama
Inilah tempat belajarnya....
Anakku yang ketiga Liyana pula, agak kasihan kerana ditinggalkan bersama Ammar Haziq di rumah pengasuh atau mesra di panggil yong. Beriya dia nak ke sekolah sampaikan aku belikan beg sekolah kepadanya dan maklumkan dia belajar di rumah yong sementara dia boleh uruskan dirinya. Ammar Haziq pula dah tumbuh 2 batang gigi bawah dan pelbagai perkataan seakan2 bunyi keluar dari mulutnya....nakkk, makk, daaa...ngan.....macam2. Alhamdulillah dan sekarang dah lepaskan tangan bila berdiri untuk imbang badan. tinggal nak menapak la tak lama lagi tu.
Hal perniagaan ;
Macam2 ragam perniagaan. Ada manis, pahit, kelat, masam dan sejuta rasa lagi. Adat berniaga. Ada yang menyokong untuk kita terus berdaya saing, tak kurang pula yang tak senang hati. Ada juga yang tidak tahu hujung pangkal cerita tapi menambah perasa. Dalam dunia serba moden dengan pelbagai saluran, luahan ketidakpuasan hati disampaikan dengan sesuka hati. Bukan tak boleh tapi biarlah dengan bahasa yang sopan dan biarlah pula cerita itu benar supaya tidak jatuh fitnah. Hati kecil kita mudah tersentuh. Tapi jika ianya menggunakan bahasa yang baik kan lagi elok. Cuma satu yang aku nampak, pelanggan terlalu ramai pada satu-satu masa menyebabkan ada yang terkurang di sana sini. Namun alhamdulillah, rezeki dari Allah. Semoga tahun ini, peniagaan kami bertambah maju dan kami belajar dari pengalaman dan kesilapan yang lepas.
Hal rumah baru;
Tahun 2013 ni, niat untuk mempunyai rumah sendiri insyaAllah tercapai. Dari kahwin sehingga kini, aku hidup dengan mak mertua. Suamiku anak bongsu dan mempunyai 2 beradik sahaja. Memang berbelah hati sebab kesian pada mak mertua dan kakak ipar yang tinggal berdua je nanti. Tapi anak2 makin membesar dan dengan izin Allah, aku akan memliki rumah sendiri. Rumah pun dekat je dekat rumah mak dan mak mertua. Semoga semuanya berjalan lancar.
Hal kerja;
hmmm yang ni memang banyak yang nak dicapai tahun 2013 ni, terdekat adalah pensijilan ISMS selewatnya hujung februari. Alhamdulillah aku mempunyai semua kakitangan yang komited dengan kerja masing2 dan satu lagi semuanya muda2. Aku je yang paling senior pun 33 tahun..hehehehe. Apa2pun kerja adalah ibadah.
oklah rasanya entri untuk hari ni.. wslm.
